Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) - Lindungi Data Peribadi

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2026 hingga 20 April 2026, telah diadakan taklimat yang bertajuk Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) - Lindungi Data Peribadi secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seramai enam orang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka kepada semua peringkat umur.

Taklimat ini mengajar peserta untuk sentiasa berhati-hati berkongsi di media sosial terutamanya maklumat peribadi seperti no kad pengenalan, alamat, telefon dan lokasi semasa. Selain itu juga, taklimat ini turut menekankan bahawa, kita hendaklah sentiasa sahkan sumber sebelum berikan maklumat. Yang terakhir, taklimat ini turut mendidik para peserta untuk sentiasa menukar kata laluan secara berkala. Pastikan kata laluan yag digunakan hendaklah ditukar setiap 3 – 6 bulan dan elakkan dari menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali